Mengapakah Al-Quran menggunakan perkataan ‘Kami’ untuk Allah?
Islam adalah satu agama yang tegas menyatakan tentang monoteistik- iaitu Ketauhidan (Tuhan Yang Maha Esa). Ia benar-benar patuh kepada monoteisme. Ia percaya bahawa Tuhan itu adalah satu, dan unik dalam sifatNya. Dalam Al-Qur’an, Tuhan sering merujuk kepada diriNya menggunakan perkataan ‘Kami’. Tetapi ini tidak bermakna Islam meyakini kewujudan itu lebih daripada ketauhidan.
Dua Jenis Majmuk
Dalam beberapa bahasa, terdapat dua jenis majmuk (plurals), pertama adalah Kemajmukan Nombor (plural of quantity)-iaitu kemajmukan yang merujuk kepada sesuatu yang berlaku melebihi satu kuantiti. Manakala, kedua adalah Kemajmukan Diraja (plural of royalty).
a. Dalam Bahasa Inggeris, Ratu England merujuk kepada dirinya sebagai ‘Kami’ daripada ‘Saya’. Ini adalah diketahui sebagai ‘Kemajmukan Diraja’ (plural of royalty).
b. Begitu juga dalam Bahasa Arab, apabila Allah (swt) merujuk kepada diriNya di dalam Al-Qur’an, Dia sering menggunakan perkataan Arab ‘Nahnu’ bermakna ‘Kami’. Ia tidak menunjukkan kemajmukan jumlah tetapi Kemajmukan Diraja (plural of royalty).
Tauhid atau monoteisme adalah satu daripada tiang-tiang bagi agama Islam. Kewujudan dan keunikan satu-satunya ketauhidan disebut beberapa kali dalam Al-Qur’an. Misalnya di dalam Surah Ikhlas, Allah s.w.t berfirman:
“Katakan lah Dia Allah adalah satu (Maha Esa)” [Al-Qur'an 112:1]
0 komentar:
Posting Komentar