AJARAN SESAT JARINGAN ISLAM LIBERAL (JIL)
Jaringan Islam Liberal (JIL) adalah sebuah pemikiran yang sifatnya liberal. Mereka tidak tertarik dengan
teks-teks yang berkaitan dengan (al-quran dan Hadis), tetapi lebih terikat dengan nilai-nilai yang
terkandung dalam teks-teks tersebut. Dalam implementasinya pemikiran ini dapat disebut
meninggalkan teks dan hanya menggunakan rasio.
Dari sudut bahasa gandingan perkataan antara Islam dan Liberal itu tidak tepat. Sebab Islam itu
bermaksud tunduk dan menyerahkan diri kepada Allah, manakala bebas dalam pengertian tidak harus
tunduk kepada ajaran Agama (al-quran dan Hadis), pemikiran liberal sebenarnya tepat disebut
“pemikiran Iblis” daripada “Pemikiran Islam”, kerana makhluk pertama yang tidak taat kepada Allah
adalah Iblis.
Pemikiran kelompok Jaringan Islam Liberal (JIL)
1) Umat islam tidak boleh memisahkan diri dari umat lain, sebab manusia adalah keluarga
universal yang memiliki kedudukan sedarjat. Oleh yang demikian larangan perkahwinan antara
wanita muslimah dengan pria non Muslim tidak relevan .
2) Produk hukum Islam klasik (fiqh) yang membezakan antara Muslim dan Non Muslim harus
berdasarkan prinsip kesederajatan universal manusia.
3) Agama adalah urusan peribadi, sedangkan urusan Negara adalah murni kesepakatan masyarakat
secara demokratis.
4) Hukum tuhan itu tidak ada. Hukum mencuri, zina, jual-beli, dan pernikahan itu sepenuhnya
disertakan kepada umat Islam sendiri sebagai penterjemahan nilai-nilai universal.
5) Muhammad adalah tokoh sejarah yang harus dikaji secara kritis kerana beliau adalah manusia
juga yang banyak memiliki kesalahan.
6) Kita tidak wajib meniru Rasulullah secara harfiah. Rasulullah berhasil menterjemahkan nilai-nilai
Islam universal di Madinah secara kontakstual. Maka kita harus dapat menterjemahklan nilai itu
sesuai dengan konteks yang ada dalam bentuk yang lain.
7) Wahyu tidak hanya berhenti pada zaman nabi Muhammad sahaja ( Wahyu Verbel memang
telah selesai dalam bentuk Al-Quran ). Tapi wahyu dalam bentuk temuan ahli fikir akan terus
berlanjut, sebab temuan akal juga merupakan wahyu kerana akal adalah anugerah tuhan.
8) Semua temuan manusia adalah wahyu , maka umat Islam tidak perlu membuat garis pemisah
antara Islam dan Kristian, timur dan barat.
9) Nilai Islam itu boleh terdapat disemua tempat, semua agama dan semua suku bangsa. Maka
Islam harus dilihat dari isinya bukan bentuknya.
10) Agama adalah baju, dan perbezaan agama sama dengan perbezaan baju. Semua agama
mempunyai tujuan pokok yang sama iaitu penyerahan diri kepada tuhan.
11) Misi utama Islam adalah penegak keadilan. Umat Islam tidak perlu memperjuangkan jilbab,
memelihara janggut dan sebagainya.
12) Memperjuangkan syariat Islam adalah wujud ketidakberdayaan umat Islam dalam
menyelesaikan masalah secara rasional. Mereka adalah tidak mahu berfikir.
13) Orang yang beranggapan bahawa semua masalah dapat diselesaikan dengan syariat adalah
orang kolot.
14) Islam adalah proses yang tidak pernah berhenti, iaitu untuk kebaikan manusia. Keadaan umat
manusia itu berkembang maka agama Islam juga harus berkembang dan menjalani proses
kearah kebaikan manusia. Islam diertikan sebagai kesempurnaan seperti zaman Rasulullah,
maka itu adalah fosil Islam yang sudah tidak berguna lagi.
0 komentar:
Posting Komentar